Friday, January 29, 2010

Kerinduan...

Ya Allah, rindunya aku pada anak aku...kerinduan yang xterucap dibibir aku disaat ini..hati aku terlalu pilu,sedih & mcm2 lagi...ingatan aku terhadap rayyan kian terasa..ya allah,kau kuatkan hati aku,kau kuatkanlah semangat aku utk terus lalui hidup ini..kau berikanlah aku pengganti anak ku agar rasa terubat rindu ini..Mungkin org nampak aku di saat ini gembira,tp sebenarnya hanya tuhan yg tau betapa sedihnya aku,betapa rindunya aku pada anak aku..betapa seksanya aku setiap kali teringatkan anak aku,betapa menangisnya aku dlm hati setiap kali org bertanya kan tentang anak aku...tp aku xtunjuk semua tu..aku xnak hubby aku sedih tengok aku sedih,aku tau dia juga sedih & rindukan Rayyan,tp dia pendam..skang pengubat rindu kami hanya Dani..setiap kali aku rindukan Rayyan,hanya Dani pengubat rindu ku..Ya allah,moga kau murahkan rezeki kami utk menimang cahaya mata lagi,moga kau berikan kami zuriat yang sihat,comel,soleh & solehah..kepada mu aku memohon, kepadamu aku berdoa, moga kau makbulkan impian ku..Amin..



Sunday, January 24, 2010

DenGgi..dEnGgi yAnG JaHaNaM...

Akhirnya...sihat juga aku dari Demam Denggi yg jahanam ni...setelah sekian lama aku xmenaip di blog aku ni..hari ni aku kembali menaip...ok ello every body..miss me..?ahakz..mestilah kan..hahaha (perasan lebey plak...)ok2 back to the point..aku nak citer sikit kat sini pasal demam denggi ni..nak dijadikan cerita,nak tau abis 1 family aku kena Demam Denggi dengan Serentak..diulangi..SERENTAK ok..la ni sume baru baik..papa aku,kembar aku,adik aku yg bongsu sampai masuk hospital..(hospital yg berlainan..) yg xmasuk cuma aku ngan adik aku yg belajar kt uitm tu je..xmasuk hospital pun,aku rs sama je baik masuk,sebabnya nak tau nape..hari2 pagi petang kena dok cucuk amik darah masuk air..amik darah masuk air..sampai da mcm penagih da tgn aku ngan adik2 aku ni sume diorg dok cucuk..nurse kat klinik ngan hospital pun agaknya da naik jemu menyampah nengok muka kitaorg adik beradik..ni semua nyamuk AEDES punya pasal...tp yang aku bengang tu..bleh plak org kesihatan ni xreti2 nak dtg fogging..da tau satu family aku da kena..nak tunggu ada yg mati gaknya baru nak sembur..hangin betul aku...tp lega la sikit aku..pasni xpayah nak amik 2 darah lagi..da xsanggup da aku menahan...skang aku da kembali SIHAT...cuma adik aku yg bongsu je xkuar2 lagi dr hospital..sian dia da la baru mula sekolah,pastu da kena cuti plak...xpela..pape pun korang jaga2 la umah korang tu ek...takat ni je la citer pasal Denggi ni aku nak cerita..nanti next time sambung lagi k...cau cin cau...

Monday, January 11, 2010

Epy BeZdaY ma DaDdy....

epy bezday to you...

epy bezday to you...

epy bezday to PaPa..

epy bezday to you...

Ahad lepas,aku dan family sambut bezday papa aku di Red Box Sogo..da tua da papa aku..skang ni umur dia da pun 52 Tahun..tp ada hati ckp muda lagi..hahaha..kitaorg buat surprise bezday tuk dia masa tu..pe lagi karaoke sakan la aku & family..siap buat konsert lg dlm tu..dengan aku yg xabis pantang lg,tp terkinja2 mcm org da abis pantang..hahahaha..anyway so fun sgt masa tu...berkaraoke beramai2..next time nk wat lagi...mesti besh...okla kt bwh ni ada gambar2 skit...daa..caun cin cau..





ni la bezday boy nya...


Monday, January 4, 2010

Kelahiran serta Kehilangan Anak Tersayang...



Pada 1hb December 2009 jam 2.20 ptg aku telah selamat melahirkan seorang baby lelaki yg comel yang telah aku berikan namanya Muhammad Ariz Rayyan Bin Mohd Noor Azarul seberat 2.67 kg, alhamdullilah baby aku sihat dan comel ketika aku mendakapnya di bilik bersalin..1jam lebih kemudian aku dibawa masuk ke wad biasa bersama baby ku...aku memberikannya susu sambil menanti ketibaan mama & papa aku...tp pada sebelah petangnya,baby aku menangis lain mcm,dan ada buih yg keluar dr mulutnya, aku segera memanggil nurse, dan nurse mengatakan bahawa jantung baby ku laju dan terpaksa di bawa ke NICU,baby aku diletakkan di dalam incubators tanpa sehelai pakaian,hanya dengan pampers yg terbuka..aku menangis sedih melihat keadaan baby aku..tp apakan daya aku,doctor cuba utk merawatnya...pada keesokkan paginya doctor panggil aku mengatakan bahawa baby aku dlm keadaan sgt KRITIKAL kerana jantungnya sudah dijangkiti KUMAN yg MERBAHAYA dan change utk dia hidup sgt tipis...aku menangis semahu2nya...dan aku berdoa semoga tuhan dpt menyelamatkannya...jam 2lebih aku dibenarkan pulang,tp dlm pukul 4.30 pihak hospital menghubungi aku semula,sebab doc ckp baby da makin kritikal,Ya Allah, masa tu hanya tuhan saja yg tau perasaan aku,kalau boleh aku nak terbang biar cepat sampai ke hospital,bayangkan dlm keadaan jalan yg sesak,hubby aku terpaksa bawa kereta dlm keadaan yg xtenang..bila aku sampai di hospital,doc masih lg ckp yg baby aku xde change utk sembuh...dan akhirnya pada 2hb December 2009 jam 8.20 mlm dia telah pergi ke rahmatullah disebabkan Jantungnya lemah dan kena Jangkitan Kuman yg sgt bahaya..buah pinggangnya,jantungnya semua sudah dijangkiti,dia tidak dapat diselamatkan lagi...aku menangis meraung mcm org gila dlm NICU...semua org perhatikan aku,tp aku xpeduli semua tu..masa tu aku hanya nak anak aku hidup semula...Ya Allah,dugaan ini terlalu besar untuk aku terima pada masa tu...aku xdpt terima kenyataan itu..aku terlalu sedih..setiap hari aku menangis,bila aku rindukan dia...kini da genap SEBULAN 2 HARI dia pergi meninggalkan Mummy & Papanya...kami sentiasa mendoakan kebahagiaan dia disana..AL-FATIHAH utk ARIZ RAYYAN...Mummy dan Papa akan sentiasa merindui & menyayangi Rayyan selama-lamanya...